Friday, August 28, 2009

cerita seorang gadis..

Ada seorg gadis yang sekian lama mengalami kewalangan di hatinya. kewalangan itu di sebabkan oleh ketidak lulusannya dalam ujian memandu sejak Disember lepas... perkara itu menjadi bebanan yg senyap kpdnya..bebanan perasaan yg wujud akibat org2 di persekitaran beliau..pernah gadis itu bertanya pd dirinya ' kenapa kne amik lesen?? kalo xyah amik pn ramai lg org len yg bawak kete cm da ada lesen tp sebenarnya xde..?" kalaulah lesen xyah amik da lame aku mendebut bwk kete tu ke hulur hilir'..Al masalah nya ayah si gadis ini x membenarkan beliau memandu selagi lesen yg sah tiada.. maka memendam rase si gadis ini.

Sebenarnya jauh dlm hati beliau merasa amat terkilan dan bersalah kpd guru yg mengajarnya memandu. guru yg yg di panggil cikgu itu tentunya2 berharap agar anak didiknya dlm bidng pemanduan ini mendapat lesennya.. jdi semangat cikgu ini tidak padam apabila suatu hari beliau menghubungi si gadis tadi lalu berkata 'saya da masukkan nama awak dlm ujian JPJ 28 hb ni n saya da byrkan.. nt datang tau.. '' Tersentaplah seketika gdis ini tadi a akibat rse terkejut yg melampau kerana beliau tidak bersedia lagi mentalnya..'Adeh , da aku ni penakut, wat plak ujian dlm buln pose..' hish.. mg tawakal la..' akhirnya gdis ini dtg juga untuk berjuang. Datang dengn harapan semoga perjuangannya pd kali ini merupakan perjuangan yg terakhir.Dia xmahu mengulang lagi..

lalu pd hari yg ditetapkan, berbekal doa dr ibu bpa nya, gadis ini menguatkn semangat nya.. disaat akhir dgn doa yg tiada ptus sejak dr awalny, gadis ini mengharapkan agar barakah ramadhan ini bersamanya ketika menjalani ujian ini.sebelum bermula sempat dia berpaling dan melihat cikgunya..walau memhami kesejukan yg dialami oleh gadis ini, namun hanya anggukan semangat yg dpt di berikan.. dan langkah di teruskan juga..

seperti di awangn selesai jua ujian si gadis .. saat melangkah keluar insan pertama yg memanggil adalah..........cikgunya..akibat rsa gementar yg belum hbis.. pertanyaan dr guru seakan tidak mampu di jawab melainkn anggukan dan senyuman kelegaan di berikan..Namun begitu reaksi si guru yg memeranjatkan gadis ini , kerana gurunya itu menjerit kegembiraan dn mngucapkan tahniah.. Namun bkn ucapan itu yg diiginkan oleh gadis ini, tp cukp dgn senyuman kelegaan di wajah gurunya itu..senyuman itu lah yg diinginya sebagai ganjaran atas kegagalannya sblum ini..

" Anis , awak xpyh pk ape2 da lps ni ok.. da selesai akhirnya..raya nt leh bwk kete n dtg umh saya tau"

itulah dia... hadiah yang paling bermakna buat seorang guru adalh kejayaan anak muridnya.. tiada guru yg meminta blsn atas tnjuk ajar mereka . Pada ku walaup ia sekadr lesen memandu nmun amat besar ertinya pd guru ku itu. Harapannya semoga aku akan selamat sentiasa.
Jdi kpd yg masih belajar hargailah guru2 anda dan kepada guru dan juga bakal2 guru didiklah anak-anak bangsa kita tanpa jemu, kerana itulah amanah yg di pikul sekarang dan di soal kemudiannya :)


No comments:

Post a Comment