Saturday, August 29, 2009

nutrisi di bulan pose..

Bercakap mengenai makanan dan pemakanan bukanlah sesuatu yg owner blog ni arif sgt.. lagi2 di bulan Ramadhan ini. Namun di sini terdapat beberapa maklumat mengenainya yg boleh dikongsi bersama- sama. Maklumat2 ini dari sumber seperti buku dan juga laman2 web.

Seperti yg di ketahui selain pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan makanan lain yg mengandungi vitamin dan mineral juga perlu dititik beratkan. Dengan kandungan nutrisi yg betul boleh membantu menambah dan mengekalkan tenaga sepnjang kita berpuasa.

Kurma

kurma kaya dengan protein, serat gula, vitamin A dan C serta mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein dalam sebiji kurma ialah kira-kira 1.8 - 2.0 peratus, serat sebanyak dua ke empat peratus, dan gula di antara 50 - 70 peratus. Memang kandungan gula dalam kurma agak tinggi tetapi jangan risau, ia berbeza dengan gula yang ada pada buah-buahan lain. Kandungan gula di dalam kurma tidak perlu dipecahkan terlebih dahulu. Sebaliknya ia boleh digunakan terus oleh tubuh badan. Sebab itulah, anda dinasihatkan berbuka dengan buah ini terlebih dahulu bagi memastikan tubuh badan tetap bertenaga.

Tembikai


Buah yang mengandungi 92 peratus air ini memang sangat membantu untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia cepat mengaktifkan saraf di dalam perut untuk mengirimkan isyarat kenyang pada otak. Dengan itu, anda tidak akan makan banyak ketika berbuka.

Oren

Karbohidat memang penting untuk memberi tenaga kepada tubuh badan. Makanan yang berasaskan karbohidrat sangat disarankan ketika bersahur kerana ia boleh memberi tenaga untuk sepanjang hari. Bagaimanapun, kadangkala ada yang mengambil karbohidrat lebih daripada keperluan harian mereka. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, anda disarankan makan buah oren ketika sahur ataupun berbuka. Oren mengandungi serat paling tinggi dan serat yang terdapat dalam oren adalah serat yang larut dalam air. Ini bermakna, ia boleh mengurangkan keinginan seseorang untuk mengambil karbohidrat.

Teh Hijau

Teh hijau mengandungi catechins yang dapat membunuh bakteria di dalam mulut, sekaligus menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bakteria penyebab nafas berbau. Jadi, jangan lupa minum dua hingga lima cawan teh hijau dalam sehari. Boleh diminum ketika bersahur atau berbuka. Jika anda tidak suka dengan minuman ini, boleh menikmati teh lain seperti teh biasa, teh bunga atau teh jasmin.

Keju

Kajian menunjukkan keju yang rendah karbohidrat dan tinggi kalsium boleh memberi manfaat pada gigi. Keju dapat melindungi enamel gigi dan memproduksi air liur dan membunuh bakteria penyebab timbulnya karang gigi dan penyakit gusi.

Air Kosong
Untuk memastikan tubuh cukup bertenaga, jangan lupa minum air kosong dengan secukup. Ketika berpuasa tubuh lebih peka terhadap kekurangan air berbanding dengan kekurangan makanan. Kandungan air yang mencukupi juga baik untuk sistem percernaan. Pasti anda tidak mahu berhadapan dengan masalah sembelit ketika berpuasa bukan?

Makanan berserat tinggi


Makanan berserat tinggi seperti oats, emping jagung, roti mil penuh dan sayur-sayuran sangat baik diambil ketika bersahur. Makanan yang berserat tinggi dapat membantu memberi rasa kenyang dan menghindari pemakanan yang berlebihan. Di samping itu, makanan yang berserat tinggi turut melarut dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh kita. Kadar metabolisme tubuh juga akan dapat dipertingkatkan. Sudah pasti berat badan anda boleh dikurangkan.

Selain itu :
  • Kurangkan pengambilan nasi putih dan mi kerana ia mengandungi kalori yang tinggi dan rendah nilai nutrisinya. Beras perang dan roti secara sederhana merupakan pilihan yang baik.
  • Makanan berprotein adalah penting untuk membantu mengekalkan kepadatan otot. Pilihan yang sihat termasuk ikan, ayam tanpa kulit dan minuman protein soya yang diperkuat serta bermutu tinggi.
  • Elakkan daripada kulit dan lemak apabila memakan daging kerana ia mengandungi lemak tepu yang tinggi, contohnya kepak ayam. Sebaliknya, pilihlah bahagian seperti dada. Kalau boleh elakkan makanan bergoreng atau pilihlah masakan kukus, bakar, panggang atau rebus.

No comments:

Post a Comment